Kehidupan awal Tengku_Abdul_Halim_ibni_al-Marhum_Sultan_Ibrahim

Tengku Abdul Halim telah diputerakan di Kota Bharu, Kelantan pada 13 September 1943. Beliau merupakan anakanda kepada Sultan Kelantan ke-26, Sultan Ibrahim Petra dan Cik Safiah. Tengku Abdul Halim mendapat pendidikan awal di Victoria Institution, Kuala Lumpur.[1]

Tengku Abdul Halim telah dilantik sebagai Tengku Laksamana Kelantan bagi menggantikan kekandanya, Tengku Iskandar Shah.

Pada 15 Mei 1970, Tengku Abdul Halim telah berkahwin dengan Tengku Puan Laksamana Kelantan, Dato' Seri Diraja Sharifah Azwan iaitu anakanda kepada Raja Perlis ke-6, Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tengku Budriah. Beliau dan Tengku Puan Laksamana dikurniakan dengan dua orang putera dan seorang puteri.

Berkaitan